Tuesday 12 January 2016

TPM pernah di tahan dibawah ISA. KENAPA?



Tempat Tahanan Perlindungan Taiping atau dikenali sebagai KEMTA di peringkat awal pembukaannya ia menempatkan tahanan-tahanan yang sebahagian besarnya merupakan anasir-anasir subversive tetapi sekarang ianya menempatkan tahanan-tahanan yang ekstremis politik, pelampau-pelampau dan bekas anggota-anggota yang menyerah diri.

Pada 21 September 1998 Zahid Hamidi telah di tahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana mendatangkan kemudaratan kepada keselamatan negara.
Ketika itu Zahid Hamidi menjadi Ketua Pemuda UMNO dan jawatan beliau selaku Ketua Pemuda UMNO dipangku oleh Datuk Hishammuddin Tun Hussein.

Harus di ingat bahawa Ahmad Zahid Hamidi pada masa itu merupakan Ketua Pemuda UMNO sejak 1996 telah di tahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 21 September 1998 kerana menyokong kegiatan Reformasi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Zahid pernah melakukan perbuatan yang dapat mendatangkan kemudaratan kepada keselamatan Negara kini menadi Timbalan Perdana Menteri / Menteri Dalam Negeri yang bertanggong jawab kepada keselamatan negara sedangkan beliau pernah melakukan perbuatan yang memudaratkan negara.


Pelik bin Ajaib.