Wednesday 30 December 2015

Pemimpin PAP Singapura lebih berakal berbanding pemimpin UMNO hari ini



Lee Kuan Yew menjadi Perdana Menteri Singapura pada tahun 1957. Beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada tahun 1990.

Sejarah Singapura bermula dari sebuah pulau menjadi sebuah negara kota dimana telah dibangunkan oleh Perdana Menteri Pertama, Lee Kuan Yew. Negara kota tersebut sangat di kagumi seluruh dunia. Sebuah negara yang bersih. Bukan sahaja sekitarannya bersih tetapi bersih dari amalan rasuah.

Bagi orang Cina pula Lee Kuan Yew telah berjaya memberikan mereka sebuah negara yang mantap dikelilingi negara Melayu Nusantara. Kehebatan Lee Kuan Yew seperti Perdana Menteri Yahudi dimana telah membentuk negara Yahudi di tengah tengah negara Arab. Manakala Lee Kuan Yew membentuk sebuah negara cina di tengah tengah negara Melayu Nusantara.

Orang Cina berterima kasih kepada Lee Kuan Yew dimana bukan sahaja telah memberikan mereka sebuah negara tetapi mereka hidup dengan selesa. Mereka mengganggap Singapura  seperti New York.

Lee Kuan Yew pula telah meletakkan negara tersebut sebagai sebuah negara tanpa rasuah dengan maksud pemimpin negara pulau tersebut tidak mengamalkan rasuah. Mana mana pemimpin parti atau kakitangan kerajaan yang di dapati mengamalkan rasuah, dengan sirius dan pantas tindakan diambil keatas mereka yang terlibat. Lee Kuan Yew tidak pernah sogok para Menterinya untuk menyokong beliau.

Walaupun saya tidak bersetuju dengan Lee Kuan Yew kerana merampas sebuah negara milik orang Melayu, tetapi saya tidak dapat menafikan pembangunan dan tanpa rasuah yang telah dilaksanakan oleh Lee Kuan Yew sangat berkesan walaupun beliau telah mati.
Lee Kuan Yew sebelum menemui ajalnya pernah berkata, “ And even from my sickbed, even if you are going to lower me into the grave and I feel that something is wrong, I will get up”.

Pada mulanya saya menyangkakan bahawa kata seumpama itu mempamerkan Lee Kuan Yew tamak kuasa. Tetapi saya mula menyedari nya setelah Lee Kuan Yew mati dan apa yang  berlaku di Malaysia hari ini. Kenyataan itu jelas menunjukkan bahawa Lee Kuan Yew sayang kepada Singapura dan bangsanya, cina. Lee Kuan Yew tidak mahu melihat negara yang di bina kian lama hancur. Beliau mahu segala apa yang telah di bina dapat dikekalkan sehingga ke anak cucu dan dapat di nikmati oleh generasi akan datang. Beliau tidak mahu ada rakyatnya atau pemimpin partinya sendiri iaini PAP yang menghancurkan segala apa yang telah dibina dengan cemerlangnya. Beliau mahu kepimpinan politik tanpa rasuah tidak kira sama ada parti memerintah atau pembangkang dan tidak mengambil kesempatan dari kemewahan negara (yang di binanya) untuk kepentingan diri dan keluarga mereka.
Jika kita melihat kepada keadaan di Singapura, walaupun terdapat tidak 100 peratus masyarakat Cina yang menyokong Lee Kuan Yew, tetapi masyarakat cina Singapura tidak memaki hamun dan melimpahkan berbagai tuduhan dan andaian terhadap Lee Kuan Yew. Atau tidak mengenang jasa/budi Lee Kuan Yew yang membangunkan Singapura. Jelas, mereka iaini masyarakat Cina Singapura yang tahu mengenang jasa Lee Kuan Yew terhadap mereka khususnya dan umumnya keseluruhan rakyat Singapura.   

Kita lihat apa berlaku di Malaysia. Segala apa yang di suarakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad jika hal tersebut tidak di tangani dengan segera maka akan hancur Malaysia. Sepertimana Lee Kuan Yew tidak mahu kehancurkan Singapura yang telah di bina.
Tun Dr Mahathir Mohamad telah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun. Tun Mahathir telah membangunnya Malaysia dengan jayanya. Melayu di pertahankan tidak menjadi anak tiri diatas tanah sendiri seperti mana Lee Kuan Yew lakukan di Singapura. Negara di bawah kepimpinan Tun Mahathir dan di hormati serta di segani seluruh dunia. Bangsa Melayu berjalan dengan megahnya di merata dunia. Tun Mahathir telah meletakkan negara, bangsa dan agama ke tempat paling mulia. Mana mungkin kini mahu menghancurkan parti dan negara yang telah dibangunkan? Tidak masuk hati.

Apabila Tun Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada 31 Oktober 2013, Malaysia berada di tahap paling mulia dengan pembangunan negara yang terbaik dan ekonomi yang kukuh. Malaysia di segani dan di hormati oleh dunia.

Pada 3 April 2009 Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri.

Apabila Najib memegang jawatan sebaga Perdana Menteri, negara berada di ambang kehancuran.

Menurut Mantan Perdana Menteri hutang 1MDB sehingga 3 generasi tidak akan habis di bayar. Apakah kita harus memberikan peluang sekali lagi kepada Najib sepertimana di cadangkan oleh pihak tertentu?   

Wall Street Journal (WSJ) mendedahkan dunia bahawa Najib mempunyai USD700 juta didalam akaun peribadinya di Bank Arab-Malaysia (bersamaan RM2.6bilion pada masa itu. Jika tidak benar, kenapa tidak menyaman WSJ? Menteri UMNO menyaman ramai yang membuat fitnah keatas mereka. Ini WSJ membuat fitnah kenapa tidak saman?

Wang RM20billion daripada 42billion tidak dapat di kesan atau di hitung.
Apa yang di lakukan oleh Tun Mahathir hanya untuk memastikan segala apa yang di bina selama ini dapat di kekalkan atau di pertingkatkan lagi bukan kearah menghancurkannya. Tun Mahathir mahukan UMNO terus mengekalkan kuasa politik dan Melayu tidak akan kehilangan kuasa politik dan negara.

Segala yang di lakukan oleh Tun Mahathir bukan kerana ingin kembali berkuasa tetapi untuk mengekalkan kuasa politik Melayu dan negara di hormati dan di segani dunia. Pembangunan yang ada di perkukuhkan dan di perhebatkan lagi.
Tun Mahathir telah banyak berjasa kepada bangsa Melayu. Jika orang cina yang kita kutuk sebagai satu bangsa memakan babi dan menuduh perangainya juga akan seperti babi dapat berpikir dan mengenang jasa orang yang telah berjasa begitu banyak (Lee Kuan Yew), kenapa kita yang mengakui insan dari satu bangsa yang kaya dengan budi bahasa berkelakuan seperti orang yang tidak siuman jika tidak seperti binatang yang disebutkan tadi.
Jadilah manusia yang tahu mengenang jasa dan mengenang budi seseorang yang banyak berjasa kepada bangsa, agama dan tanahair.