Monday 16 May 2016

JANGAN UNDI BARISAN NASIONAL (BN) DI PRK SUNGAI BESAR & KUALA KANGSAR


Barisan Nasional (BN) memenangi PRN Sarawak dengan cemerlang. Kemenangan BN disebabkan dua factor.
Faktor pertama kerana kepimpinan Adenan Satem dan faktor kedua kerana perpecahan parti pembangkang yang bertanding.

Di Semenanjong, DatuK Seri Najib Abdul Razak mendabik dada kononnya rakyat Sarawak memberikan sokongan padu kepada kepimpinan beliau. Rentak beliau di ikuti sebilangan besar para menteri dan pencacai serta balaci Najib. Jelas mereka di berikan dedak tanpa segan dan silu membuat pengakuan seumpama itu. Selagi stok dedak masih dalam simpanan Najib maka dedak akan di hidangkan kepada mereka. Sepertimana mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan makan dedak mata akan menjadi buta, telinga menjadi pekak dan mulut menjadi bisu. Perut akan menjadi boncit.

Sebelum PRN Sarawak tamat, timbul lagi satu bala bagi kepimpinan Najib Abdul Razak bilamana dua ahli parlimen BN menghadapi satu kemalangan maut helicopter. Maka dengan secara automatik kekesongan bagi dua kawasan parlimen iaini Kuala Kangsar (Perak) dan Sungei Besar (Selangor).

Pembangkang menyatakan bahawa kemenangan BN di Sarawak tidak boleh dijadikan kayu ukur  sokongan rakyat kepada Najib Abdul Razak. Ini kerana keadaan di Sarawak dan Semananjung sangat berbeza.
Pada PRU13 BN memenangani 133 kerusi parlimen manakala pembangkang 89 kerusi parlimen. Jika di takdirkan BN tumpas di Kuala Kangsar dan Sungei Besar maka kedudukan kerusi di parlimen akan berubah. BN dengan 131 manakala pembangkang 91 kerusi. Majoriti semakin merosot buat BN/UMNO.

Jika pembangkang sepakat ingin menjatuhkan Najib maka indikatornya adalah di kedua PRK tersebut. Jadi diharapkan mereka dapat mengadakan perundingan sehingga mencapai kesepakatan untuk menumbangkan Najib. Pastikan BN tewas dengan adanya pertandingan satu lawan satu.

Ahli UMNO di Kuala Kangsar dan Sungei Besar tidak mungkin akan memberikan undi mereka kepada parti pembangkang. Tetapi ini lah peluang bagi mereka untuk mempamerkan tidak memberikan sokongan kepada Najib Abdul Razak dengan melancarkan undi protes.
Harus di ingat dengan memberikan kemenangan kepada kepimpinan Najib di PRK Kuala Kangsar dan Sungei Besar akan memberikan isyarat bahawa rakyat tetap memberikan sokongan kepada Najib walau apapun di lakukan oleh beliau.

Dengan memberikan undi kepada BN, juga memberikan isyarat bahawa pengundi di kedua kawasan parlimen mewakili keseluruhan rakyat Malaysia merestui cukai GST yang di kenakan kepada rakyat. Menghalalkan perbuatan Najib dalam isu RM2.6billion, 1MDB, SRC, pemborosan isterinya, mama montel.
Yang penting, sebelum membuang undi, para penduduk di kawasan parlimen Kuala Kangsar dan Sungei Besar wajib dan harus membaca dan fahami Deklarasi Rakyat.

Dengan membaca Deklarasi Rakyat memudahkan para penduduk ke kedua kawasan parlimen berkenaan membuat pilihan atau keputusan.

No comments:

Post a Comment